! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

Aku Rindu Segalanya....









Salam Bloggerku,

Firstly, salam bahagia kepada semua Blogger.Aku doakan moga semua sihat selalu dan berjaya dalam hidup masing2.Oklah hari nie tak banyak perubahan yang aku terapkan kat sini cuma alah kadar jer.Tak taw lah nak mula mcmmane lantak jer lah.Yang penting keikhlasan hati.Sebenarnya aku rindu kampung tercintaku kat Sarawak.Macam2 kenangan yang tersemat dihati dan didalam jiwa nie..Saat paling best kat kampungku time musim menuai padi best nyer dapat tengok mak and saudara-mara sibuk tuai padi kat sawah dan jugak kat halaman rumah...Suasana pun aman and fresher air lagi.Macam2 benda dapat buad kat kampung contohnya dapat cari ikan dan udang kat sungai...free lagi.Asal rajin cari dan berusaha dapatlah hasilnya.Kadang2 tu nak tanam apa pun tumbuh..Yang penting seronok dan happy bersama keluarga tersayang.Walaupun jauh di perantauan orang tapi dekat dihatiku untuk selamanya....


Thankz For Reading Here! Like Kalo Suke! :)

Sejarah Hari Kekasih


Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.

Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.




Thankz For Reading Here! Like Kalo Suke! :)

Perang Facebook Pelajar Perempuan Dibelasah.

       Akibat perang Facebook, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dibelasah, termasuk dipijak dan ditendang sekumpulan kira-kira 15 pelajar perempuan dari sekolah sama berhampiran sebuah sekolah menengah di sini, petang kelmarin.Mangsa dipercayai diserang berikutan beberapa komennya di dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini, yang dikatakan mengeluh kerana asyik dibuli sejak lebih sebulan berpindah ke sekolah itu, awal tahun ini.Mangsa yang menaiki basikal seorang diri dikatakan dikepung dan basikalnya ditendang tiga hingga empat daripada 15 pelajar berkenaan, sebelum terjatuh di kawasan taman perumahan di belakang sekolahnya di Jalan Raja Syed Alwi di sini. Apabila terjatuh, seorang pelajar lain memijak dan memukul mangsa sebelum disertai pelajar lain yang turut sama memukul dan menendang kepala mangsa selain menarik rambutnya. Ibu mangsa, berkata dia sedih dan kesal kerana tiada seorang pun pelajar yang menyaksikan kejadian berani membantu anaknya yang ketika itu menjerit meminta tolong.Anak saya dibelasah teruk berdekatan sekolah, namun, tiada seorang pun berani membantunya. Malah, dua pelajar lelaki dari sekolah sama yang menyaksikan kejadian itu hanya ketawa melihat anak saya dibelasah.




Thankz For Reading Here! Like Kalo Suke! :)