! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

Cemburu??....Alamakkkk!!!!


Hari nie macam biasa duduk jer kat rumah and jaga budak2 comel.Memang  menyeronokkan 
kalo jaga budak nie sebab ape taw...sebabnya layan kerenah,ragam mereka, suasana riuh-rendah kat rumah yang best tengok mereka membesar depan mata.Pejam cilik dh tak terasa umur dh 
meningkat.Aku harap tahun 2012 nie akan memberi rezeki murah dan jugak kesejahteraan 
familyku.Nak taw tak aku baru jer beli motorbike biase jer tu.Boleh tahan cantik senang pakai..
parking pun tak susah.Tak mcm keta kena park betul2 kalo tak kena saman beb..Kalo nak basikal pun aku nak rembat hahahaaa..



Kalo bab2 beli barang ke atau ape2 benda ada sorang kawan nie mcm tak suka tengok mcm iri hati.Mungkinkah cemburumu...??Alamak kenapelah ada orang mcm tu kat dunia nie.Apa yg tak 
puas hati tengok orang lain senang sikitpun.Aku kalo tengok orang lain beli barang ke apa ke aku suka tengok atau senang hati sebab apa taw....sebab aku suka orang happy and puas hati.Buat apa lah nak dengki2 tak baik taw Tuhan tak suka orang mcm tu.Aku nie seorang yg open minded 
dalam segala hal apa yg betullah..Kalo yg tak baik tu baik kita jauh2 kn.Buat apa nak susahkan 
diri ataupun nanti sendiri pulak yg sakit hati.Bukan ada untung pun rugi adalah...hahahaa...pelik tapi benar kan2.Sepatatunya kita bersyukur kalo orang itu senang ke atau bahagia sebab itu 
akan membuatkan hati kita tenang dan suci.Tak salah kalo ada perasaan mcm tu tapi jangan 
terlampau sebab akan memakan diri sendiri dikemudian hari.Kalo boleh tolonglah jangan 
tersimpan perasaan mcm tu tak baik taw...Bawa2 lah bersabar dan kita patut bersyukur dengan apa yang ada.Biar skecil manapun ia tetap bermakna...

Thankz For Reading Here! Like Kalo Suke! :)

Jangan ada dengki.....limpahi kesabaran yang suci dalam dirimu...

Salah satu sifat terkeji ialah perasaan iri hati dan dengki. Dengki ertinya perasaan tidak senang terhadap orang yang mendapat nikmat dan sebaliknya merasa senang melihat orang kehilangan nikmat itu.Dengki muncul akibat bisikan syaitan yang menghembus ke benak hati untuk melakukan sesuatu kezaliman orang lain, menggunakan cara kotor untuk menjatuhkan orang dan berasa puas dengan taktik tersebut. Dengki merupakan perasaan tidak senang hati dalam diri seseorang apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kebaikan.Hasad dengki muncul akibat bisikan syaitan yang menghembus ke benak hati untuk melakukan sesuatu kezaliman orang lain, menggunakan cara kotor untuk menjatuhkan orang dan berasa puas dengan taktik tersebut.Hasad dengki tidak mengenal pertalian keluarga, tidak mengenal sahabat dan rakan kerja. Keluarga yang rapat menjadi renggang, sahabat yang akrab menjadi musuh, rakan sekerja menjadi tidak sehaluan, semua ini adalah perasaan hasad dengki.Kebiasaannya orang yang bersifat dengki jiwanya tidak akan tenteram, apatah lagi apabila melihat orang yang didengkinya itu semakin bertambah-tambah senang.Bersyukur dengan apa yang ada, dan tidak membanding - bandingkan diri dengan orang lain dah cukup rasanya untuk kita mengelak sifat dengki. 



Sebenarnya tidak ada yang paling sukar di dalam dunia ini selain bersabar kerana  sabar itu merupakan satu kerja yang unik seperti menahan keinginan terhadap sesuatu ataupun apa saja yang kita ingini. Sabar juga diperlukan jika kita ingin melakukan sesuatu yang sangat penting contohnya bila terjebak ke alam keputusaan dan fikiran kita  sudah buntu. Kita perlu bersabar untuk menyelesaikan setiap masalah itu sehingga selesai. Ertinya sabar itu, perlukan hati dan jiwa yang kental untuk menghadapi segala ujian seperti ini. Kadang-kadang ianya menyakitkan hati dan boleh menyebabkan kita jadi marah. Sabar juga akan membuatkan kita bahagia bila semua yang kita perjuangkan mencapai hasilnya. Kita tersenyum melihat pencapaian anak-anak contohnya, sehingga air mata mengalir bila teringat macamana kita mendidik mereka dengan sabar. Sabar itu sesungguhnya indah....dengan kesabaran menepis segala fitnah, cacian, kedengkian orang yang cuba menjatuhkan maruah kita akan menaikkan semangat untuk terus berusaha.Sabar adalah cermin keperibadian seseorang, ianya melambangkan kekuatan jiwa menempuh semua masalah yang kita hadapi.Ada juga orang yang  membunuh diri  kerana ketidaksabaran. Hanya dengan bersabarlah kita boleh menempuhi semua kejayaan. 




Thankz For Reading Here! Like Kalo Suke! :)

Persahabatan

FRIENDSHIPS


Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.  Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.  Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain. Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.Hiduplah dengan persaudaraan.Hubungan yang mesra dan saling menghoramati antar anggota-anggota masyarakat akan menimbulkan rasa persahabatan dan persaudaraan yang berkesan. 


Thankz For Reading Here! Like Kalo Suke! :)

Aku Rindu Segalanya....









Salam Bloggerku,

Firstly, salam bahagia kepada semua Blogger.Aku doakan moga semua sihat selalu dan berjaya dalam hidup masing2.Oklah hari nie tak banyak perubahan yang aku terapkan kat sini cuma alah kadar jer.Tak taw lah nak mula mcmmane lantak jer lah.Yang penting keikhlasan hati.Sebenarnya aku rindu kampung tercintaku kat Sarawak.Macam2 kenangan yang tersemat dihati dan didalam jiwa nie..Saat paling best kat kampungku time musim menuai padi best nyer dapat tengok mak and saudara-mara sibuk tuai padi kat sawah dan jugak kat halaman rumah...Suasana pun aman and fresher air lagi.Macam2 benda dapat buad kat kampung contohnya dapat cari ikan dan udang kat sungai...free lagi.Asal rajin cari dan berusaha dapatlah hasilnya.Kadang2 tu nak tanam apa pun tumbuh..Yang penting seronok dan happy bersama keluarga tersayang.Walaupun jauh di perantauan orang tapi dekat dihatiku untuk selamanya....


Thankz For Reading Here! Like Kalo Suke! :)

Sejarah Hari Kekasih


Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.

Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.




Thankz For Reading Here! Like Kalo Suke! :)

Perang Facebook Pelajar Perempuan Dibelasah.

       Akibat perang Facebook, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dibelasah, termasuk dipijak dan ditendang sekumpulan kira-kira 15 pelajar perempuan dari sekolah sama berhampiran sebuah sekolah menengah di sini, petang kelmarin.Mangsa dipercayai diserang berikutan beberapa komennya di dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini, yang dikatakan mengeluh kerana asyik dibuli sejak lebih sebulan berpindah ke sekolah itu, awal tahun ini.Mangsa yang menaiki basikal seorang diri dikatakan dikepung dan basikalnya ditendang tiga hingga empat daripada 15 pelajar berkenaan, sebelum terjatuh di kawasan taman perumahan di belakang sekolahnya di Jalan Raja Syed Alwi di sini. Apabila terjatuh, seorang pelajar lain memijak dan memukul mangsa sebelum disertai pelajar lain yang turut sama memukul dan menendang kepala mangsa selain menarik rambutnya. Ibu mangsa, berkata dia sedih dan kesal kerana tiada seorang pun pelajar yang menyaksikan kejadian berani membantu anaknya yang ketika itu menjerit meminta tolong.Anak saya dibelasah teruk berdekatan sekolah, namun, tiada seorang pun berani membantunya. Malah, dua pelajar lelaki dari sekolah sama yang menyaksikan kejadian itu hanya ketawa melihat anak saya dibelasah.




Thankz For Reading Here! Like Kalo Suke! :)

Happy New Year 2012



Salam Blogger,
Hai warga Blogger sedunia aku nak ucapkan 'Happy New Year 
2012' kepada semua.Tahun nie harap2x lambaran baru yang 
lebih mencabar dan lebih bersemangat untuk mencapai cita2 
yang belum terlaksana cehh..bersemangat betul lha aku nie..
Takpe2 yang penting ade semangat kental and tak putus asa 
kn2...Tahun lepas aku banyak menghadapi kesulitan and 
kekecewaan.Itulah kalo boleh aku nak tahun nie akan memberi 
lembaran yang baik dan kesejahteraan dalam hidupku begitu 
jugak keluargaku yang tersayang.Tanpa mereka siapa lha aku.
Dan pic baby kat atas nie adalah sumber inspirasi hidupku.
Comel tak baby nie??!!Dia adalah  my little princess..Baru 6bln
 and baby gurlz taw...


Thankz For Reading Here! Like Kalo Suke! :)